Sempadan Adil untuk Melaka
Aplikasi ini menunjukkan cadangan sempadan adil untuk negeri. Aplikasi ini dibina pada 28/8/2021
Ringkasan Eksekutif
(Versi Aplikasi dalam Bahasa Inggeris - tekan sini )
Sebarang bentuk pelaksanaan persempadanan semula mesti adil untuk rakyat Malaysia (baik di peringkat DUN (Dewan Undangan Negeri) dan Persekutuan) dan mewakili rakyat Malaysia dengan cara yang sesuai. Untuk mencapai matlamat ini untuk Melaka, kita mesti melakukan beberapa perkara berikut:
- Pengembalian nisbah bilangan kawasan pilihan raya Parlimen dengan bilangan kawasan DUN di sebuah negeri. Oleh kerana tidak ada majoriti 2/3 di Parlimen untuk membenarkan perubahan bilangan kerusi Parlimen, jumlah kerusi Parlimen untuk Melaka kekal kepada 6. Oleh itu, saiz DUN mestilah 24 (6x4) atau 30 (6x5). Apabila saiz DUN adalah gandaan bilangan Kerusi Parlimen di sebuah negeri, langkah pertama untuk memastikan keseimbangan bilangan pemilih (biasanya dikenali sebagai pengundi) antara sesama DUN dan Parlimen dicapai.
- Kawasan Parlimen atau DUN tidak boleh mempunyai bilangan pemilih lebih daripada jurang +/- 15% dari Kuota Pemilih Negeri (untuk DUN dan Parlimen). Kuota Pemilih Negeri menetapkan purata bilangan pemilih untuk DUN dan Kerusi Parlimen.
- Bagi Melaka, penduduk bandar merangkumi lebih daripada 95% jumlah penduduk dan lebih daripada 85% penduduk di setiap daerah mempunyai telefon bimbit dan langganan internet di rumah. Oleh itu, tidak ada kesukaran untuk menghubungi pemilih di mana-mana kerusi luar bandar atau daerah negara. Oleh itu, semua kawasan pilihan raya (DUN dan Parlimen) harus berada dalam jurang +/- 15% dari Kuota Pemilih Negeri.
- Setiap kawasan pilihan raya akan diperuntukkan di setiap kawasan pihak berkuasa tempatan di mana setiap DUN berada di bawah satu kawasan pihak berkuasa tempatan (selagi prinsip keseimbangan bilangan pemilih dicapai). Walau bagaimanapun, kawasan pilihan raya Parlimen tidak semestinya dihadkan dalam satu pihak berkuasa tempatan sahaja kerana prinsip keseimbangan patut diberi keutamaan untuk kajian semula persempadanan.
- Kawasan DUN (cadangan) dibina dengan pertimbangan sempadan mukim, Blok Perancangan (BP) , bahagian-bahagian bandar, kesinambungan dan rangkaian pengangkutan. Kita harus mengakui bahawa daerah mengundi yang kurang baik dilukis oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadikan beberapa sempadan kerusi DUN dan Parlimen sangat tidak teratur.
Aplikasi ini dibina untuk mencetuskan perbincangan mengenai saiz DUN Melaka dan cadangan sempadan yang adil untuk negeri ini.
Untuk menjadi Pembantah untuk persempadanan untuk Negeri Melaka (untuk masa hadapan), sila isikan borang melalui pautan ini.
Untuk mengetahui tanggungjawab anda sebagai Pembantah, sila lawat pautan ini.
Kenyataan Masalah
Bilangan DUN bagi negeri Melaka
Sehingga tahun 1983, Perlembagaan Persekutuan kita melalui Jadual ke-8 (Sub-seksyen 4(2)) menyebutkan bahawa bilangan kerusi DUN harus sama atau berganda daripada jumlah kerusi Parlimen di negeri tertentu. Pada tahun 1983, syarat ini dikeluarkan daripada perlembagaan dan nisbah tersebut jarang dipatuhi sejak tahun itu.
Di Melaka, prinsip nisbah dipatuhi hingga tahun 2003. Contohnya, pada tahun 1994, Melaka mempunyai 5 Kawasan Parlimen dan 25 Kawasan DUN. Nisbah DUN kepada Parlimen telah dihormati. Dengan kenaikan kerusi di peringkat parlimen dan di peringkat negeri pada tahun 2003, nisbah itu tidak lagi dihormati. Melaka kini mempunyai 6 Kawasan Parlimen dan 28 Kawasan DUN. Ini mewujudkan keadaan di mana keseimbangan antara bilangan pemilih tidak akan berlaku sama ada di peringkat DUN atau di peringkat Parlimen.
Di bawah, satu gambaran menunjukkan kesan besar apabila prinsip nisbah (bilangan DUN kepada bilangan Parlimen) tidak dihormati.
GAMBAR 1: KESAN KEPADA KESEIMBANGAN BILANGAN PEMILIH SESAMA DUN ATAU PARLIMEN APABILA PRINSIP NISBAH TIDAK DIPATUHI
Oleh itu, penyelesaian yang betul untuk mempunyai sempadan yang adil bagi negeri Melaka perlu menghormati prinsip nisbah. Untuk Melaka , negeri boleh tentukan sama ada dapat mengurangkan empat DUN (28 ke 24) atau meningkat sebanyak dua DUN (28 ke 30). Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka harus memastikan saiz yang sesuai untuk DUN Melaka berdasarkan pendapatan yang diterima oleh negeri.
Tidak Menghormati Prinsip Satu Orang Satu Undi Satu Nilai
Jadual ke-13 menggariskan prinsip panduan persempadanan semula (terdapat di bahagian 2). Bahagian 2 (c) menyatakan:
"bilangan pemilih di dalam setiap bahagian pilihan raya di dalam sesuatu Negeri patutlah lebih kurang sama banyak kecuali bahawa, dengan mengambil kira kesulitan yang lebih besar untuk sampai kepada pemilih di dalam daerah desa dan kesukaran lain yang dihadapi oleh bahagian bahagian pilihan raya di luar bandar, ukuran pewajaran bagi kawasan patutlah diberikan kepada bahagian-bahagian pilihan raya;"
Kita tumpukan kepada terma "kecuali bahawa, dengan mengambil kira kesulitan yang lebih besar untuk sampai kepada pemilih di dalam daerah desa dan kesukaran lain yang dihadapi oleh bahagian bahagian pilihan raya di luar bandar".
Sekarang, Melaka mempunyai:
- 95.16% daripada jumlah penduduk menetap di kawasan bandar .
- semua daerah di mana lebih daripada 85% daripada jumlah penduduk mempunyai telefon bimbit dan langgangan internet di rumah.
Ringkasnya, konsep pengecualian 2 (c) tidak akan timbul. Kawasan DUN (dan juga kawasan parlimen) harus mempunyai bilangan pemilih yang tidak menyimpang lebih daripada jurang +/- 15% dari Kuota Pemilih Negeri.
Kuota Pemilih Negeri (DUN) merujuk kepada purata bilangan pemilih (atau pengundi) untuk kawasan DUN bagi sebuah negeri. Pada tahun 2020, Melaka mempunyai 497759 pemilih berdaftar. Kuota Pemilih Negeri (DUN) dikira sebagai pembahagian jumlah pemilih (pengundi) mengikut jumlah kawasan pilihan raya negeri (untuk Melaka - sekarang, ia adalah 28). Purata bilangan pemilih DUN adalah 17777 pengundi. Untuk kawasan parlimen, purata bilangan pemilih ialah 82960 pengundi.
Semasa proses persempadanan semula, kerana bentuk daerah mengundi dan pertimbangan hubungan tempatan, mustahil untuk DUN memiliki bilangan pemilih untuk setiap DUN mencapai 17777 pengundi. Oleh itu, had yang boleh diterima harus digunakan. Kami memilih had tahap era Merdeka iaitu jurang +/- 15% dari Kuota Pemilih Negeri (DUN). Berikut adalah had atas dan bawah bagi bilangan pemilih DUN dan Parlimen
Had Atas (untuk DUN): 20443 pengundi
Had Bawah (untuk DUN): 15110 pengundi
Had Atas (untuk Parlimen): 95404 pengundi
Had Bawah (untuk Parlimen): 70516 pengundi
Keseimbangan saiz bilangan pemilih pada peringkat DUN sangat penting untuk memastikan keseimbangan saiz bilangan pemilih pada peringkat Parlimen (iaitu cantuman beberapa DUN).
Dalam pelaksanaan persempadanan semula tahun 2016 - 2018, SPR tidak membuat apa - apa pembetulan mengenai sebarang masalah bilangan pengundi yang tidak setara (malapportionment). Kawasan pilihan raya yang besar (terlalu banyak bilangan pemilih) terdapat terutamanya di Bandaraya Melaka sementara kawasan pilihan raya yang kecil (terlalu rendah bilangan pemilih) terdapat di daerah Alor Gajah dan Jasin yang lebih luar bandar.
Daripada 28 kawasan DUN untuk tahun 2020, 19 DUN mempunyai terlalu banyak pemilih atau terlalu sedikit pemilih. 19 kawasan pilihan raya ini yang melepasi penyimpangan +/- 15% Kuota Pemilihan Negeri (DUN) menjadi kerisauan untuk semau. Peta kami di bawah akan menggambarkan keadaan ini dengan jelasnya.
PETA 1: SITUASI KETIDAKSEIMBANGAN ANTARA DUN DI MELAKA (2020)
Peta di atas menunjukkan kawasan DUN yang berwarna oren muda atau biru muda yang menghormati prinsip Satu Orang, Satu Undi, Satu Nilai. Kawasan biru atau merah menunjukkan kawasan DUN mempunyai bilangan pemilih terlalu kurang atau terlalu banyak.
Klik pada poligon (dalam Peta 1) dan terokai lebih banyak data untuk setiap DUN.
Secara purata, DUN yang kekurangan pengundi mempunyai kadar pertumbuhan tahunan berkompaun (CAGR) (2018-2020) 0.21% sementara DUN yang mempunyai banyak pengundi (secara purata) akan mempunyai CAGR 0.37%. DUN terbesar (Kesidang) adalah 4.3 kali lebih besar daripada DUN terkecil (Taboh Naning). DUN Kesidang mempunyai CAGR 0.14% (2018 -2020) sementara Taboh Naning mendapat CAGR -0.1% (2018-2020). Walaupun perbezaannya kecil, ketidakseimbangan yang sedia ada akan dikekalkan dan sedikit bertambah besar.
Sewaktu persempadanan semula, SPR akan meminta nasihat pakar mengenai taburan penduduk. Nasihat tersebut berasal daripada Jabatan Perangkaan. Oleh itu, adalah menghairankan bahawa SPR tidak mempertimbangkan unjuran pertumbuhan penduduk di pelbagai kawasan di Melaka.
PETA 2: PETA KADAR PERTUMBUHAN TAHUNAN BERKOMPAUN BILANGAN PEMILIH UNTUK SETIAP DUN MELAKA
Sekiranya anda klik kawsan poligon berwarna, anda akan menyedari beberapa perkara:
- Sebilangan DUN yang kecil (mengikut bilangan pemilih) (terutama di luar bandar) mengalami pengurangan bilangan pemilih.
- DUN - DUN yang mempunyai banyak bilangan pemilih di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya dan Majlis Bandaraya Melaka mengalami pertumbuhan positif yang perlahan.
Kawasan Pilihan Raya tidak menghormati hubungan tempatan
Di Melaka, terdapat beberapa cara untuk melihat konsep hubungan tempatan: Sempadan kawasan Pihak Berkuasa Tempatan, Sempadan Daerah, Sempadan Mukim, Blok Perancangan dan Kawasan Ahli Majlis. Selain daripada itu, prinsip kesinambungan geografi, rangkaian pengangkutan dan kelompok pentadbiran kecil yang lain boleh digunakan sebagai konsep hubungan tempatan.
Melaka mempunyai tiga daerah (Jasin, Melaka Tengah dan Alor Gajah) and empat Pihak Berkuasa Tempatan:
- Majlis Perbandaran Alor Gajah
- Majlis Perbandaran Jasin
- Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
- Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya meliputi sebahagian daripada tiga daerah di Melaka.
PETA 3: KAWASAN DUN DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI MELAKA
Kawasan DUN - DUN di Melaka (sebahagian besarnya) dilukis dengan mengikuti sempadan daerah. Oleh kerana Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya berada di tiga daerah di Melaka, pertimbangan penting untuk menetapkan sempadan DUN adalah hierarki pentadbiran. Sekiranya seseorang menyatakan bahawa sempadan pihak berkuasa tempatan adalah penting, DUN Durian Tunggal, DUN Bemban, DUN Pengkalan Batu, DUN Bukit Katil dan DUN Kesidang akan melanggar hubungan tempatan. Oleh kerana perancangan bandar menggunakan sempadan pihak berkuasa tempatan, sempadan DUN harus mengikuti (sebanyak mungkin) sempadan pihak berkuasa tempatan dan bukannya sempadan daerah.
PETA 4: KAWASAN PARLIMEN, DAERAH DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI MELAKA
Untuk Kawasan Parlimen, kita dapat melihat bahawa Kawasan Parlimen Alor Gajah meliputi kawasan yang terdiri daripada dua pihak berkuasa tempatan (Majlis Perbandaran Alor Gajah & Majlis Perbandaran Jasin). Daerah Alor Gajah mempunyai bilangan pemilih yang cukup untuk menjadi kawasan parlimen yang terlalu besar. Namun, daerah ini mempunyai dua kawasan parlimen yang terlalu kecil iaitu Alor Gajah dan Masjid Tanah. Kawasan Parlimen Jasin adalah sebahagian daripada Daerah Jasin. Daerah Jasin mempunyai bilangan pemilih mencukupi untuk membina kawasan parlimen yang seimbang.
Kawasan Parlimen Hang Tuah Jaya mematuhi sempadan daerah tetapi melanggar hubungan pihak berkuasa tempatan.
Daerah mengundi di Melaka adalah unik kerana sebahagian besarnya mengikuti sempadan mukim. Sempadan Blok Perancangan pihak berkuasa tempatan mengikut sempadan mukim. Oleh itu, SPR, dengan mudahnya, dapat melukis sempadan DUN dan Parlimen selaras dengan sempadan Blok Perancangan dan sempadan pihak berkuasa tempatan. Kita harus mengakui bahawa pematuhan sepenuhnya terhadap sempadan pihak berkuasa tempatan boleh mengakibatkan kawasan parlimen yang telalu besar seperti Alor Gajah atau kawasan parlimen Hang Tuah Jaya yang terlalu kecil. Oleh itu, SPR perlu melakukan penyeimbangan antara sempadan pihak berkuasa tempatan dengan prinsip penyamaan.
Penyelasaian
Pertama, mengembalikan prinsip nisbah kerusi Parlimen ke kerusi DUN. Sekarang, Melaka mempunyai 6 kawasan parlimen dan 28 kawasan DUN. Bagi Melaka, kita boleh cadangkan tambahan dua kerusi DUN dan saiz DUN baru menjadi 30 DUN (6x5).
Kedua, hitung jumlah kawasan pilihan raya yang diperlukan untuk kawasan pihak berkuasa tempatan di Melaka. Formula: Jumlah Pemilih (2020) untuk satu kawasan pihak berkuasa tempatan dibahagikan daripada saiz purata DUN Melaka (2020).
Keempat, pastikan semua kawasan DUN yang dicadangkan berada di dalam satu pihak berkuasa tempatan sementara memiliki bilangan pemilih yang tidak menyimpang lebih besar daripada jurang +/- 15% Kuota Pemilih Negeri (DUN).
Gabungkan daerah -daerah mengundi untuk membina DUN yang baru dengan pertimbangan berikut:
Sempadan Mukim
Blok Perancangan
Kesinambungan Rangkaian Pengangkutan
Kesinambungan (geografi)
Lain - lain sempadan pentadbiran
Akhirnya, kenal pasti jumlah pusat pengundian yang ada (kemudahan sekolah (keutamaan), diikuti dengan dewan dan akhirnya tempat lain yang digunakan oleh SPR pada PRU14). Sekiranya DUN mempunyai 10 daerah mengundi, idealnya ia harus memiliki 10 pusat pengundian. Namun, kita harus mengakui bahawa syarat ini sukar dipatuhi kerana daerah mengundi yang dilukis oleh SPR seolah-olah mengabaikan ketersediaan kemudahan di dalamnya.
Kami mengemukakan dua senario persempadanan semula yang adil di mana status quo dikekalkan (6 kawasan parlimen dan 28 kawasan DUN) dan penambahan dua kawasan DUN (6 kawasan parlimen dan 30 kawasan DUN).
28 DUN (SEDIA ADA) UNTUK MELAKA
Kriteria:
- 28 kawasan DUN (Tiada perubahan kepada bilangan kerusi Parlimen)
- Setiap kawasan DUN perlu mempunyai bilangan pemilih dalam jurang +/-15% daripa Kuota Pemilih Negeri (DUN)
- Hormati sempadan pihak berkuasa tempatan / daerah * seberapa boleh (peraturan utama untuk DUN, tetapi kawasan parlimen dikecualikan)
Sempadan untuk tiga pihak berkuasa tempatan adalah sama dengan sempadan daerah. Sempadan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya merangkumi beberapa kawasan daripada tiga daerah di Melaka.
Merujuk kepada langkah kedua, kami telah menemui pihak berkuasa tempatan:
- Majlis Perbandaran Alor Gajah (97027 pengundi)
- Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (71734 pengundi)
mempunyai bilangan pemilih yang terlalu banyak atau terlalu sedikit untuk membentuk kawasan parlimen (berada dalam +/- 15%). Kedua-duanya mempunyai bilangan pemilih yang mencukupi untuk mewujudkan 4 hingga 5 DUN setiap pihak berkuasa tempatan. Oleh itu, dalam cadangan kami, kawasan Parlimen Hang Tuah Jaya akan merangkumi beberapa bahagian daripada Majlis Perbandaran Alor Gajah, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan Majlis Perbandaran Jasin (dipilih berdasarkan kesesuaian). Kita harus mengakui bahawa SPR telah melukis sempadan sesetengah daerah - daerah mengundi di kawsan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya yang melangkaui sempadan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya.
Oleh itu, kita harus mengamalkan kelonggaran dalam menghormati pihak berkuasa tempatan atau sempadan daerah untuk pembentukan DUN atau kawasan Parlimen. Sempadan Majlis Tempatan dan daerah dilukis tanpa mempertimbangkan jumlah populasi pemilih. Kami masih berusaha untuk menghormati sempadan majlis tempatan untuk Melaka seberapa boleh selagi penyamaan dicapai.
PETA 7: CADANGAN 28 DUN (DIWARNA BERASASKAN TAHAP KESEIMBANGAN BILANGAN PEMILIH DENGAN SEMPADAN PUTIH), CADANGAN PARLIMEN (DENGAN SEMPADAN HITAM) DAN SEMPADAN MUKIM (GARIS HITAM YANG BERTITIK DAN NIPIS)
Klik pada setiap Poligon yang berwarna untuk mencari kawasan liputan DUN yang dicadangkan dengan lokasi DUN di mukim atau sempadan perbandaran yang diberikan.
Mengikut cadangan ini, semua DUN Melaka kecuali dua DUN berada dalam +/- 15% sambil menghormati sempadan pihak berkuasa tempatan. Dua DUN (dengan warna merah atau biru) yang tidak dapat memenuhi ambang +/- 15% adalah:
- N.5 - merangkumi kawasan Pulau Sebang/ Gadek (-15.27%)
- N.27 - merangkumi kawasan Ayer Molek (16.54%)
Kedua-dua DUN ini melebihi penyimpangan yang dapat diterima kerana pertimbangan hubungan tempatan telah dilaksnakan. Dalam senario ini, nisbah kawasan Parlimen: DUN tidak dihormati dan oleh itu, mustahil untuk menyamakan semua DUN dan Parlimen dalam +/- 15% secara serentak.
Kesemua cadangan enam kawasan parlimen telah diseimbangkan dan mempunyai bilangan pemilih dalam jurang +/-15% daripada Kuota Pemilih Negeri (Parlimen).
Dengan menggunakan senarai sekolah (sebagai pilihan utama untuk pusat mengundi) Melaka, 25 dari 28 DUN yang dicadangkan boleh dianggap mempunyai kemudahan yang cukup untuk pusat pengundian. Sebagai contoh, N.23 yang dicadangkan (meliputi kawasan Paya Rumput) mempunyai 3 daerah mengundi dan di dalam DUN yang dicadangkan, terdapat 8 sekolah yang dapat ditukar menjadi pusat mengundi. Oleh itu, SPR harus berusaha untuk memastikan dua kemudahan siap sedia untuk pusat mengundi di daerah mengundi. Berikut adalah DUN di mana bilangan sekolah tidak mencukupi untuk menjadi pusat mengundi:
- N.08 - Meliputi Kawasan Batu Berendam (memerlukan tambahan satu kemudahan pengundian)
- N.10 - Meliputi Kawasan Bukit Beruang (memerlukan tambahan satu kemudahan pengundian)
- N.18 - Meliputi Kawasan Peringgit (memerlukan tambahan empat kemudahan pengundian tambahan)
30 DUN UNTUK MELAKA
Kriteria:
- 30 Kawasan Dewan Undangan Negeri (Penambahan dua Kawasan Dewan Undangan Negeri tetapi tidak ada perubahan kepada jumlah kawasan Parlimen)
- Setiap kawasan DUN perlu mempunyai bilangan pemilih dalam jurang +/-15% daripa Kuota Pemilih Negeri (DUN)
- Hormati sempadan pihak berkuasa tempatan / daerah * seberapa boleh (peraturan utama untuk DUN, tetapi kawasan parlimen dikecualikan)
Sempadan untuk tiga pihak berkuasa tempatan adalah sama dengan sempadan daerah. Sempadan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya merangkumi beberapa kawasan daripada tiga daerah di Melaka.
Merujuk kepada langkah kedua, kami telah menemui pihak berkuasa tempatan:
- Majlis Perbandaran Alor Gajah (97027 pengundi)
- Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (71734 pengundi)
mempunyai bilangan pemilih yang terlalu banyak atau terlalu sedikit untuk membentuk kawasan parlimen (berada dalam +/- 15%). Kedua-duanya mempunyai bilangan pemilih yang mencukupi untuk mewujudkan 4 hingga 5 DUN setiap pihak berkuasa tempatan. Oleh itu, dalam cadangan kami, kawasan Parlimen Hang Tuah Jaya akan merangkumi beberapa bahagian daripada Majlis Perbandaran Alor Gajah, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan Majlis Perbandaran Jasin (dipilih berdasarkan kesesuaian). Kita harus mengakui bahawa SPR telah melukis sempadan sesetengah daerah - daerah mengundi di kawsan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya yang melangkaui sempadan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya.
Oleh itu, kita harus mengamalkan kelonggaran dalam menghormati pihak berkuasa tempatan atau sempadan daerah untuk pembentukan DUN atau kawasan Parlimen. Sempadan Majlis Tempatan dan daerah dilukis tanpa mempertimbangkan jumlah populasi pemilih. Kami masih berusaha untuk menghormati sempadan majlis tempatan untuk Melaka seberapa boleh selagi penyamaan dicapai.
PETA 8: CADANGAN 30 DUN (DIWARNA BERASASKAN TAHAP KESEIMBANGAN BILANGAN PEMILIH DENGAN SEMPADAN PUTIH), CADANGAN PARLIMEN (DENGAN SEMPADAN HITAM) DAN SEMPADAN MUKIM (GARIS HITAM YANG BERTITIK DAN NIPIS)
Klik pada setiap Poligon yang berwarna untuk mencari kawasan liputan DUN yang dicadangkan dengan lokasi DUN di mukim atau sempadan perbandaran yang diberikan.
Mengikut cadangan ini, semua DUN Melaka kecuali satu DUN berada dalam +/- 15% sambil menghormati sempadan pihak berkuasa tempatan. Satu DUN (dengan warna merah) yang tidak dapat memenuhi ambang +/- 15% adalah:
- N.14 - merangkumi kawasan Duyong (15.47%) di mana jumlah pemilih melepasi tahap maksima dengan 70 - 80 pengundi.
DUN ini melebihi penyimpangan yang dapat diterima kerana pertimbangan hubungan tempatan telah dilaksanakan.
Semua 6 kawasan pilihan raya parlimen yang dicadangkan kecuali satu Parlimen, mempunyai bilangan pemilih dalam lingkungan +/- 15% Kuota Pemilih Negeri (Parlimen). Kekecualian ialah kawasan pilihan raya pertama P.1 (meliputi Alor Gajah) dan mempunyai jumlah penduduk 15.1% dari Kuota Pemilih Negeri (Parlimen). Bilangan pemilih kawasan ini melampaui had maksima dengan 80 pemilih atau lebih. Sekiranya seseorang ingin mencapai kesamaan untuk semua parlimen dalam lingkungan +/- 15%, satu daerah pengundian di N.4 (kawasan Rembia) dapat diletakkan di kawasan N.26 (di bawah kawasan Parlimen P.5). Ini akan melanggar hubungan tempatan tetapi penyamaan akan dicapai
Dengan menggunakan senarai sekolah (sebagai pilihan utama untuk tempat mengundi) Melaka, 26 dari 30 DUN yang dicadangkan boleh dianggap mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk menjadi pusat mengundi. Sebagai contoh, N.23 yang dicadangkan (meliputi kawasan Paya Rumput) mempunyai 2 daerah mengundi dan di dalam DUN yang dicadangkan, terdapat 7 sekolah yang dapat ditukar menjadi pusat mengundi. Oleh itu, SPR harus berusaha untuk memastikan dua kemudahan siap untuk pusat mengundi di daerah mengundi. Berikut adalah DUN di mana sekolah tidak mencukupi untuk tempat mengundi:
- N.15 - merangkumi kawasan Bukit Piatu (memerlukan tambahan satu kemudahan pengundian)
- N.17 - merangkumi kawasan Peringgit (memerlukan tambahan empat kemudahan pengundian)
- N.20 - merangkumi kawasan Bakar Batu (memerlukan tambahan dua kemudahan pengundian)
- N.27 - merangkumi kawasan Batu Berendam (memerlukan tambahan satu kemudahan pengundian)
Kesimpulan
Mengikut kedua-dua cadangan, pihak kami telah menyamakan semua DUN dan kawasan Parlimen secara serentak sambil menghormati hubungan tempatan. Oleh itu, konsep asas nisbah bilangan kawasan Parlimen kepada DUN mesti diguna pakai.
Untuk maklumat lanjutan, sila emel kepada info@tindakmalaysia.com